Memikirkan tempat makan menarik di Kuala Kangsar, sudah tentu Laksa Pak Ngah bermain di pemikiran anda bukan?
Namun begitu, tahukah anda masih ada beberapa tempat makan kegemaran dan menjadi tumpuan ramai? Salah satunya Milo Kepal Tok Abah yang baru-baru ini telah Viral.
Laksa Pak Ngah
Laksa Pak Ngah sudah lama bertapak di Kuala Kangsar. Selain dari terkenal dengan laksa yang diproses sendiri, restoran Laksa Pak Ngah juga terkenal dengan pelbagai menu special dan unik.
Antaranya ialah Laksa Goreng Kuah Banjir, Laksa Telur Sarang, dan Laksa Special iaitu laksa yang dibungkus dengan telur ala pataya dan di makan bersama kuah Laksa. Yang pasti kesemuanya pasti membuka selera anda.
Milo Kepal Tok Abah
Mencari Milo Kepal Viral? Di sinilah tempatnya. Apa kata anda singgah sebentar ,dan rasakan sendiri keenakan Milo Kepal Tok Abah.
Biasanya gerai Milo Kepal Tok Abah akan beroperasi dari jam 12.30 tengahari hinggalah ke 10 malam.
Medan Selera Dataran Sungai Perak Kuala Kangsar
Terdapat pelbagai restoran dan gerai di sekitar kawasan ini. Dari siang hingga malam kawasan ini sentiasa menjadi tumpuan pengunjung untuk menjamu selera sambil menikmati keindahan pemandangan sungai perak yang sangat cantik.
Bahkan di sini juga menjadi tumpuan utama pengunjung jika ke kuala kangsar ataupun ingin membeli pelbagai cenderamata.
Teratak Warisan Kampung
Selain medan selera di dataran Sungai Perak, restoran ini juga terkenal antara restoran pilihan untuk menikmati makan tengahari.
Di sini terdapat pelbagai pilihan menu ala kampung yang pasti menepati citarasa anda. Waktu operasi dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang.
Facebook : https://www.facebook.com/twk18/
Uncle Jimboy
Walaupun servis di sini agak perlahan, namun begitu restoran Uncle Jimboy sentiasa dipenuhi orang ramai yang ingin menikmati masakan yang begitu enak.
Pelbagai menu terdapat di sini dari western hinggalah ke masakan panas yang lain.
Facebook : https://www.facebook.com/unclejimboy/
Baitu Qahwah Cafe
Ini adalah salah satu cafe hispter menjadi kegemaran penduduk Kuala Kangsar. Lokasinya yang berada di dataran sungai perak dan betul-betul menghampiri sungai perak membolehkan anda makan sambil menikmati panorama sungai perak yang bergitu mengindahkan.
Antara menu yang popular adalah green nasi lemak, chicken chop, lamb chop, meatball dan banyak lagi.
Rambai Classic Cafe
Jika bertanya orang Kuala Kangsar, Restoran Rambai Classic Cafe cukup dikenali ramai. Pelbagai jenis masakan yang terdapat di sini dan dikatakan restoran makanan western paling sedap di Kuala Kangsar dan harganya pula sangat berpatutan.
Menurut cerita, Chicken Chop di sini sangat menjadi kegemaran pelanggan.
Wah! Menarik bukan? Semoga senarai ini dapat membantu anda.