Perkara paling terbaik tentang mengembara ialah bila anda menemukan banyak sangat informasi yang menarik tentang sesuatu benda atau tempat itu sendiri.

Sesuatu yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata bila mengetahui benda yang lansung tidak terfikir atau terbayang dalam minda sebelum ini.

Dipetik dari Indiatimes.com, jom kita tengok beberapa fakta paling 'cool,  yang boleh membuat anda sendiri melopong bila mengetahuinya!

Sumber Foto: Luxury Accomodations
1. Tentera Switzerland menyimpan meriam yang berisi peluru penuh dan menjadikan kubu tersebut  seolah-olah seperti sebuah rumah normal di tengah-tengah kawasan kediaman yang padat dengan penduduk.

2. Tetaumatawhakatangihangakoauaotamateaurehaeaturipukapihimaungahoronukupokaiwhe yang bertempat di New Zealand adalah nama tempat terpanjang di dunia. Ia mengandungi 92 huruf.

3. Tiada daratan di Kutub Utara. Hanya ada ais yang terapung yang boleh mengembang atau sebaliknya mengikut musim.

Sumber Foto: Twitter
4. Peti mel yang paling dalam di dunia terletak 10m di bawah permukaan Susami Bay, Jepun.

5. Australia mempunyai 10,000 pantai lebih dari semua negara lain di dunia.

6. Lebih kurang 96% penduduk di Bumi hanya menggunakan 4% bahasa yang wujud di dunia ini.

7. Warga Austria menerima minimum 22 hari cuti dengan gaji saban tahun.

Sumber Foto: www.hellomagazine.com
8. Hanya 1% orang sahaja di dunia ini  yang pernah menjelajah ke Antartica. Mungkin anda salah satu darinya?

9. Sekiranya anda seorang pramugari/pramugara pada tahun 1930, berat anda tidak dibenarkan lebih dari 52 kg.

10.Negara Arab Saudi langsung tak ada sungai!

Sumber Foto:  Miriadna.com
11. 99% Libya adalah gurun dan padang pasir.

12. The Statue of Liberty pada asalnya mahu digunakan sebagai rumah api.

13. Big Ben di London bukan merujuk kepada jam itu, tetapi loceng yang terletak di dalam menara tersebut.

Sumber Foto: kevinandamanda
14. Menara Eiffel di Paris adalah tempat kerja bagi 600 orang penduduk di sana.

Wow, menarik gila fakta-fakta ni semua. Bak kata pepatah, "Jauh Berjalan, Luas Pandangan."

Cool! 14 Fakta Menarik Tentang Pelancongan Dunia, Buat Anda Melopong