Hujung minggu tiba lagi. Ketika inilah masanya untuk anda menyediakan sarapan buat seisi keluarga.
Tak mahu sarapan yang renyah dan juga berminyak? Telur dadar bayam dan tomato adalah hidangan yang sangat disyorkan.
Sangat sesuai untuk anak-anak yang tak makan sayur kerana gabungan bayam dan tomato dalam telur dadar membuatkan ia berasa lebih enak. Yang penting, sihat!
Anda juga boleh mencampurkan hirisan cili dan juga daun sup untuk rasa lebih ummph!
Bahan-bahan:
2 biji telur
semangkuk bayam
5-6 biji tomato ceri, atau boleh ganti dengan tomato biasa 1-2 biji
2 keping roti gandum penuh
1 sudu susu
1/2 sudu minyak zaitun
sedikit garam
sedikit lada hitam
Cara-caranya:
1. Panaskan kuali dengan api sederhana.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan susu dan kacau hingga sebati. Masukkan bayam.
3. Masukkan adunan ke dalam kuali.
4. Kacau telur sehingga menjadi hancur. Masukkan tomato ceri, garam dan lada hitam.
5. Hidangkan bersama roti gandum penuh.