Wah, laksa sotong? Biar betul, selalu kita dengar ade mi goreng sotong sahaja kan.
Bagi yang belum pernah mencuba, anda wajib datang dan rasakan sendiri kenikmatan hidangan laksa ini yang lain dari yang lain.
Kuah yang lazat, ditambah pula dengan sotong masak merah memang gabungan meletop!
Kedai Cikwan Laksa Sotong Kulim ini selalu penuh diserbu mereka yang gilakan laksa, dan yang penting rasanya sangat menepati citarasa ramai.
Harga semangkuk adalah RM6, sangat berbaloi. Suasana yang selesa menambah lagi ciri keistimewaan bagi kedai ini.