Citarasa biskut anda berbeza dengan pasangan? Anda sukakan tekstur biskut yang lembut dan rangup, tetapi pasangan anda sukakan yang agak keras sedikit. 

Bagaimana ya, mahu hasilkan biskut cip coklat yang sama, tetapi berbeza warna, tekstur dan rupa? Portal Brightside berkongsi resepi rahsia yang mampu menyelesaikan masalah anda ini!

Sumber foto: https://brightside.me

Bahan-bahan:

1/2 cawan tepung
1/2 camca teh baking soda
1/2 camca teh garam
100 g unsalted butter (suhu bilik)
100 g gula pasir
100 g gula perang
1/2 camca teh vanila
1 biji telur
50 g coklat

Caranya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°С
2. Campurkan tepung, baking soda dan garam di dalam mangkuk.
3. Gaul mentega/butter, gula pasir dan gula perang menggunakan mixer. 
4. Masukkan telur dan vanila dan pukul rata.
5. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Akhir sekali masukkan coklat.
6. Sudukan adunan ke dalam loyang yang sudah diletakkan kertas minyak. Bakar selama 10 minit atau sehingga warna biskut keperangan.

Bagaimana mahu membuat biskut menepati citarasa anda dan jadi lebih menarik?

1. Biskut lebih rangup: Tambah 1/4 camca teh baking powder + 1/4 camca teh baking soda

2. Warna biskut lebih menarik: Tetapkan suhu ketuhar pada suhu lebih  155°С. 

3. Lebih lembut sperti kek: Ganti tepung biasa dengan tepung penaik.

4. Lebih keras dan kurang rangup: Biarkan doh di dalam peti ais selama 30-60 minit. 

5. Tekstur biskut lebih lembut dan halus: Tambah 1 sudu besar sirap jagung dan 1 sudu besar gula pasir.

Sumber foto: Huffington Post

Selamat mencuba ya!

Resipi Rahsia, Biskut Sama Tapi Berbeza Warna, Rupa Dan Tekstur?