Sumber Foto: IG Travellingthroughtheworld
Siapa yang tidak suka pergi mengembara bukan? Melihat negara orang dan budaya lain di sana pasti memberikan sejuta pengalaman berharga. 

Namun dalam mengembara pasti ada hal yang merungsingkan dalam memastikan perjalanan sentiasa berjalan lancar.  Sebelum pergi ke satu-satu tempat sudah pasti kita akan mempersiapkan diri dan memcari maklumat tentang sesuatu tempat itu.

Bagi pengembara di luar sana jangan rungsing lagi kerana seiring dengan kemajuan teknologi, mengembara menjadi sangat mudah dengan hanya memuat turuk aplikasi berikut di dalam telefon pintar anda!

1. Google Googles
Hanya perlu arahkan kamera telefon anda ke atas satu objek, aplikasi ini dapat memberikan info yang banyak tentangnya. Dari maklumat tentang sebuah lukisan atau gambar, sejarah sesuatu bangunan serta dapat 'scan barcode/QR code' yang kemudiannya boleh diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

2.Evernote
Aplikasi ini ssangat berguna bagi pengembara yang suka menulis ketika melawat ke sesebuah tempat. Dengan menggunakannya, kita dapat mencurahkan idea ke dalam bentuk tulisan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Selepas menulis catatan kembara, boleh terus memuat naiknya terus ke laman sosial untuk dikongsi bersama yang lain.

3. Zomato
Setiap kali pergi mengembara, hal yang wajib dilakukan adalah mencari makanan yang sedap di sana. Namun kadang-kadang kita menghadapi kesulitan untuk mencari tempat makanan yang enak dan berbaloi untuk dikunjungi. Guna sahaja Zomato kerana ia dapat memberikan cadangan temoat menarik dan terdapat komen dari pengunjung yang datang ke situ sebelumnya.

4. XE Currency
Aplikasi ini akan memudahkan kita untuk mengetahui nilai terbaru tukaran mata wang dan mengelakkan dari ditipu oleh orang yang mengambil kesempatan ketika berada di negara asing.

5. Accuweather
Semasa melakukan pengembaraan, cuaca adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan. Bayangkan sahaja kalau kita nak pergi mendaki gunung, tiba-tiba hujan turun pula. Pasti mengecewakan, bukan? Jadi Accuweather sangat-sangat membantu utnuk mendapatkan maklumat tentang keadaan cuaca.
Senang sangat, semuanya di hujung jari sahaja. Apa lagi cepat-cepat muat turun semua aplikasi yang dicadangkan itu, okay? 

Khas Buat Kaki Travel, Aplikasi Ini Wajib Ada Dalam Smartphone Anda