Asyik nak berjalan ke luar negara je. Anda sudah habis jelajah kawasan dalam Malaysia ke? Jika anda mahukan percutian bajet dan dekat tetapi menarik, marilah ke Pantai Cenang, Pulau Langkawi.
Pantai Cenang juga menjadi tumpuan pengunjung kerana terdapat banyak penginapan bajet, mahupun eksklusif.
Jika anda seorang penggemar aktivit laut dan suasana pelancongan, bolehlah cari hotel di sekitar Pantai Cenang atau Pantai Tengah. Bukan sahaja cantik, malah pantai ini terdapat banyak tarikan lain seperti aktiviti air, restoran dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.
Pantai di sini sangat meriah pada waktu malam, jadi jika anda mahukan percutian yang tenang, Pantai Cenang bukanlah destinasi yang sesuai semasa bercuti.
Kebanyakan restoran di sini mula beroperasi pada waktu malam, manakala di tepi pantai pula meriah dengan muzik yang dimainkan. Pengunjung pula ada di mana-mana bagaikan sedang berlangsung sebuah pesta, sementara kedai-kedai yang berada di sepanjang jalan dibuka sehingga lewat malam.
Jika anda mahukan sebuah percutian mewah, bolehlah pilih hotel di sini yang menawarkan bilik penginapan mewah, perkhidmatan cemerlang serta fasilitinya menjamin keselesaan anda!
Hotel Menarik:
Casa Del Mar Langkawi - Harga bilik bermula dari RM 830.
Meritus Pelangi Beach Resort & Spa - Harga bilik bermula dari RM 715.
Resort Menarik:
Langgura Baron Resort - Harga bilik bermula dari RM 150.
Langkapura Inn - Harga bilik bermula dari RM 170.
The Cabin - Harga bilik bermula dari RM 160.
Malibest Resort Langkawi - Harga bilik bermula dari RM 180.
Langkawi Chantique - Harga bilik bermula dari RM 206.
Sunset Beach Resort - Harga bilik bermula dari RM 320.
Favehotel Cenang Beach - Harga bilik bermula dari RM 185.
Hotel Bajet Dan Guest House
AB Motel Langkawi - Harga bilik bermula dari RM 100.
Sandy Beach Resort - Harga bilik bermula dari RM 93.
Cenang Rest House - Harga bilik bermula dari RM 80.
Hotel Easy Crystal - Harga bilik bermula dari RM 143.
Casa Idaman Motel - Harga bilik bermula dari RM 130.
Landcons Hotel & Resort - Harga bilik bermula dari RM 101.
Tunggu apa lagi? Isikan hari cuti anda bersama keluarga tercinta dengan percutian hebat di Pantai Cenang.
Jom semak tarikh cadangan anda.... mana hotel yang berbaloi.