Dalam zaman maju serba moden kini dilengkapi pelbagai kemudahan jaringan komunikasi tanpa batas menjadikan dunia lebih terbuka dan mudah dicapai. 

Ditambah pula dengan kos tiket penerbangan yang jauh lebih murah dengan pakej pelbagai tawaran pakej percutian, mengembara (backpacking) adalah cara paling menjimatkan untuk meneroka dunia.

Apa beza antara backpacker (pengembara) dan pelancong? 

Backpacker melawat ke tempat-tempat menarik untuk mendapatkan pengalaman baru dan mengenali lebih dekat budaya di sesebuah negara.

Manakala pelancong pula melawat ke tempat-tempat menarik untuk tujuan menenangkan fikiran dan berehat. 

1. Backpacker berkelana
Pelancong akan membuat rancangan atau jadual perjalanan terlebih dahulu apa yang akan dilakukan sebelum tiba ke destinasi. Melawat tempat menarik, bersejarah dan terkenal, kemudian merakam memori di sana adalah tujuan utama pelancongan mereka.

Manakala backpacker tidak merancang apa yang akan mereka lakukan keesokannya kerana mereka lebih suka menentukan sendiri jadual perjalanan dan aktiviti penjelajahan.

2. Bagasi dan barang keperluan
Backpacker hanya membawa barang yang diperlukan di dalam bag galas seperti dokumen perjalanan, pakaian, kasut, gajet, duit, kad kredit, buku panduan, ubat-ubatan, makanan dan minuman.

Berbeza dengan pelancong. Kalau boleh, satu almari dia nak bawa.

3. Bajet
Seorang backpacker akan melakukan apa sahaja untuk berjimat. Mereka akan memilih penginapan kos rendahsupaya mereka dapat berjimat untuk menjelajah dalam tempoh panjang. Apa yang penting adalah kepuasan dan pengalaman, bukan keselesaan.

Pelancong pula kisah untuk mengeluarkan belanja lebih mengikut kemampuan masing-masing bagi menjamin keselesaan mereka sepanjang melancong.

4. Nilai sebuah pengembaraan
backpacker akan sentiasa bergerak, tidur di atas tren pada waktu malam dan mengembara pada siang hari. Mereka lebih selesa mendaki bukit dan menumpang kereta yang lalu lalang.

Sumber foto: Carian Internet

Manakala pelancong akan menetap di sebuah penginapan yang selesa buat suatu jangka masa, menggunakan pengangkutan awam atau bas pelancong.

5. Jumlah wang dibelanjakan
Tak dinafikan lagi, seorang backpacker jimat lebih banyak wang berbanding seorang pelancong yang menghabiskan wang untuk pengangkutan awam dan makan di restoran yang lebih mahal berbanding biasa.

Backpacker akan sedaya upaya berjimat dengan memilih makanan jalanan yang lebih murah dan menginap di motel murah.

Dengan serba sedikit maklumat yang diberikan, yang mana satu jadi pilihan anda? Percutian yang selesa dan santai di tempat-tempat menarik atau merantau dengan bajet yang terhad, tetapi peroleh banyak pengalaman? 

Mengapa Anda Harus Jadi Backpacker Berbanding Tourist?