Pernahkah anda merasa masakan masam manis di kedai makan tidak menepati cita rasa tekak anda? Ada sahaja terlebih dan terkurang di mana-mana. Ada yang terlalu masam lah, terkurang manis, sosnya likat dan macam-macam lagi yang kita tidak puas hati. Bikin rosak mood sahaja!

Jadi apa kata anda masak sendiri dengan resipi ayam masam manis ini? Resipi ini boleh juga digunapakai untuk ayam mahupun ikan.

Sumber foto: Recipes Hubs

Jom lihat resipinya!

Bahan-bahan:
300g isi ayam dipotong dadu
1 biji cili benggala hijau dipotong dadu 
1 biji bawang besar dipotong dadu 
1/2 biji nenas dipotong dadu - simpan airnya 
1 biji tomato potong dadu 
2 sudu besar minyak masak 
3 ulas bawang putih dimayang halus 
1 cawan tepung jagung
1 biji telur 
garam dan gula secukup rasa

Bahan Sos:
2 sudu besar pes cili 
2 sudu besar sos tomato 
2 sudu besar air nenas 
1 sudu besar tepung jagung bancuh bersama 2 sudu besar air 
1/2 cawan air

Cara-caranya:
1. Celup isi ayam dalam telur yang dipukul 
2. Salut dengan tepung dan goreng sehingga masak atau kekuningan 
3. Angkat dan ketepikan 
4. Panaskan dua sudu besar minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya 
5. Masukkan pes cili dan biar seketika 
6. Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan semua bahan sos, garam dan gula secukup rasa 
7. Masukkan cili benggala, tomato, nenas dan bawang besar 
8. Akhir sekali, masukkan ayam yang digoreng tadi. Biar seketika dan masukkan air tepung jagung sehingga agak pekat dan angkat

Siap dihidang! Anda boleh olah sendiri resipi ini mengikut selera anda. Cubalah! 

Kredit resipi: http://patyskitchen.blogspot.my

Resipi Masam Manis Yang Ada Umph! Seenak Masakan Di Restoran Thai