Anda peminat donat? Mungkin tidak berapa digemari oleh golongan yang sedang berusaha untuk berdiet kerana kuantiti gula kastornya yang banyak. 

Namun, anda pasti terliur dan tergoda melihat longgokan donat berwarna-warni yang diberi nama 'donat hipster' itu!

Sumber foto: http://www.azhafizah.com

Donat yang pelbagai warna itu kelihatan sangat ceria dan menarik perhatian, malah terdapat aneka perisa untuk anda pilih seperti strawberi, durian, pandan, coklat dan beri biru. Pasti rambang mata!

Jika anda penduduk di sekitar kawasan Kuala Kangsar, anda boleh dapatkan kuih itu di sebuah gerai di Taman Chandan Puteri.

Pasangan suami isteri, Mohd Izwan Mohamad Nazir, 36, dan Nor Nafishah Ab Hamid, 35, menjual donat itu dengan harga RM0.50 sebiji, sahaja.

Di gerai pasangan itu bukan sahaja dijual donat hipster, malah anda boleh dapatkan pelbagai jenis kuih termasuk burger Malaysia, cucur badak, karipap dan pisang keju.

Sumber foto: Bernama

Gerai itu dibuka setiap hari pada jam 3.30 petang kecuali hari Jumaat.

Jika anda ingin menganjurkan sesebuah majlis, pengusaha gerai ini juga mengambil tempahan untuk katering pada Sabtu dan Ahad sebagai punca pendapatan sampingan.

Betulkah rasanya lazat seperti yang ditularkan di laman sosial? Kalau anda mahukan kepastian, kenalah cuba! 

Evolusi Kuih Tradisional - Aneka Warna Dan Perisa 'Donat Hipster'