Pening kepala bila fikir nak bawa anak-anak berjalan di mana semasa hujung minggu, dan biasanya sudah bosan pergi ke tempat yang sama berulang kali, bukan?
Apa kata kali ini bawa mereka ke Don Hu Jurassic Park Garden untuk melihat dinosaur secara langsung di depan mata.
Kanak-kanak pastinya jadi orang yang paling gembira kerana terdapat tidak kurang dari 15 patung dinosaur termasuk spesies Tyrannosaurus Rex dipamerkan di sini.
Patung-patung haiwan prasejarah ini bernilai antara RM10,000 hingga RM30,000 dan ditempah khas dari Guangzhou, China.
Apa yang lagi menarik, pemilik taman ini langsung tidak mengenakan bayaran bagi pengunjung yang datang untuk melihat dan mengambil gambar dengan patung-patung tersebut.
Taman Jurassic Park ini dimiliki oleh seorang pengusaha pokok semaian dan bakal diperluaskan dengan kawasan riadah kanak-kanak, pameran barang antik dan lawatan ke ladang ayam dan itik.
Dinasour yang kelihatan seperti hidup dan mempunyai pelbagai saiz ini menjadi tarikan utama di sini dan tidak putus-putus dikunjungi orang ramai kerana keunikannya.
Alamat: 2700, Pintasan Muar, kampung Sabak Aur, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad (8am-8pm)
Apa lagi, jomlah habiskan masa bersama keluarga tersayang di sini. Amat berbaloi dengan keterujaan serta keseronokan yang diperolehi, dan paling penting ianya percuma!