Enaknya ayam kampung dimasak gulai atau goreng kosong sahaja. Namun, masalah muncul kerana ayam kampung terkenal dengan dagingnya yang liat.

Jika terus dimasak, nanti tak sedap pula. Bagaimana cara untuk melembutkan dagingnya sambil tidak menghilangkan rasa manisnya?

Ini dia beberapa cara dan petua ringkas yang dipetik daripada beberapa blog masakan. Sengaja dipilih cara yang paling mudah agar anda dapat melakukannya dengan jayanya! Selamat mencuba! 

Foto: hungrygowhere.my

1. Rendam ayam kampung dengan air nanas untuk 2-5 minit sahaja. Kalau terlalu lama daging akan berkecai atau hancur. 

2. Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan ayam kampung kira-kira setengah jam. Kemudian bilas dengan air dan bolehlah dimasak seperti biasa.

3. Rebuskan atau masakan ayam dalam air kelapa sehingga lembut, toskan ayam dan boleh dimasak ikut kesukaan. Daging ayam menjadi lembut dan rasa manis.

Tiga Cara Paling Mudah Lembutkan Ayam Kampung