Penggila sandwich di luar sana jangan berlengah lagi untuk berkunjung ke Beat Eat Cafe kerana konsep ala-ala restoran Subway ini pastinya menepati citarasa anda semua.

Foto: FB Beat Eat Cafe
Pelbagai pilihan sandwich dan snek ditawarkan yang membolehkan anda pilih sendiri roti dan intinya.

Antara pilihan roti yang ditawarkan ialah 'panini', 'croissant', 'cheese baguette' dan 'wholemeal baguette'.

Isinya pula ada ayam, (hirisan ayam, ayam teriyaki, ayam 'tex-mex'), daging ayam belanda, daging lembu ('pepperoni', 'supa ballin', 'bulgogi beef', 'streaky beef', 'tex-mex beef', 'philly cheesesteak'), makanan laut  termasuk tuna Aisuka, Mak Tok's Sardine dan telur.

Foto: FB Beat Eat Cafe
Selepas itu pelanggan boleh pilih sayur dan sos untuk sandwich tersebut. Pendek kata ambil sahaja mana-mana yang berkenan untuk menghasilkan sandwich mengikut citarasa anda sendiri.

Foto: FB Beat Eat Cafe
Selain sandwich, kafe yang mempunyai hiasan dalaman yang cantik ini juga menawarkan pilihan pasta dan snek lain seperti kepak ayam, gegelang bawang dan kentang goreng.

Foto: FB Beat Eat Cafe
Pencuci mulut pula ada puding mentega, muffin pisang, blueberry dan coklat.

Foto: IG Beat Eat Cafe
Dengar pun sudah lazat, apatah lagi bila merasakan sendiri kenikmatannya kan? Ayuh, ramai-ramai serbu Beat Eat Cafe!

Alamat: 
AAG/30, Ground floor, Block E, Jalan Plumbum AA7/AA, Pusat Komersial Seksyan 7, 40000 Shah Alam, Malaysia

Facebook: https://www.facebook.com/beateatcafe

Waktu operasi: Setiap hari (11AM - 11PM)

Nombor telefon: 03-5524 3316

Sensasi Sandwich Dan Snek Lazat, Tarikan Di Beat Eat Cafe Shah Alam