Memikirkan tempat makan menarik di Kuala Kangsar, sudah tentu Laksa Pak Ngah bermain di pemikiran anda bukan?
Namun begitu, tahukah anda masih ada beberapa tempat makan kegemaran dan menjadi tumpuan ramai? Salah satunya Milo Kepal Tok Abah yang baru-baru ini telah Viral.
Laksa Pak Ngah
Laksa Pak Ngah sudah lama bertapak di Kuala Kangsar. Selain dari terkenal dengan laksa yang diproses sendiri, restoran Laksa Pak Ngah juga terkenal dengan pelbagai menu special dan unik.
Antaranya ialah Laksa Goreng Kuah Banjir, Laksa Telur Sarang, dan Laksa Special iaitu laksa yang dibungkus dengan telur ala pataya dan di makan bersama kuah Laksa. Yang pasti kesemuanya pasti membuka selera anda.
Milo Kepal Tok Abah
Mencari Milo Kepal Viral? Di sinilah tempatnya. Apa kata anda singgah sebentar ,dan rasakan sendiri keenakan Milo Kepal Tok Abah.
Biasanya gerai Milo Kepal Tok Abah akan beroperasi dari jam 12.30 tengahari hinggalah ke 10 malam.
Medan Selera Dataran Sungai Perak Kuala Kangsar
Terdapat pelbagai restoran dan gerai di sekitar kawasan ini. Dari siang hingga malam kawasan ini sentiasa menjadi tumpuan pengunjung untuk menjamu selera sambil menikmati keindahan pemandangan sungai perak yang sangat cantik.
Bahkan di sini juga menjadi tumpuan utama pengunjung jika ke kuala kangsar ataupun ingin membeli pelbagai cenderamata.
Teratak Warisan Kampung
Selain medan selera di dataran Sungai Perak, restoran ini juga terkenal antara restoran pilihan untuk menikmati makan tengahari.
Di sini terdapat pelbagai pilihan menu ala kampung yang pasti menepati citarasa anda. Waktu operasi dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang.
Facebook : https://www.facebook.com/twk18/
Uncle Jimboy
Walaupun servis di sini agak perlahan, namun begitu restoran Uncle Jimboy sentiasa dipenuhi orang ramai yang ingin menikmati masakan yang begitu enak.
Pelbagai menu terdapat di sini dari western hinggalah ke masakan panas yang lain.
Facebook : https://www.facebook.com/unclejimboy/
Baitu Qahwah Cafe
Ini adalah salah satu cafe hispter menjadi kegemaran penduduk Kuala Kangsar. Lokasinya yang berada di dataran sungai perak dan betul-betul menghampiri sungai perak membolehkan anda makan sambil menikmati panorama sungai perak yang bergitu mengindahkan.
Antara menu yang popular adalah green nasi lemak, chicken chop, lamb chop, meatball dan banyak lagi.
Rambai Classic Cafe
Jika bertanya orang Kuala Kangsar, Restoran Rambai Classic Cafe cukup dikenali ramai. Pelbagai jenis masakan yang terdapat di sini dan dikatakan restoran makanan western paling sedap di Kuala Kangsar dan harganya pula sangat berpatutan.
Menurut cerita, Chicken Chop di sini sangat menjadi kegemaran pelanggan.
Wah! Menarik bukan? Semoga senarai ini dapat membantu anda.
Tempat Makan Best Di Kuala Kangsar Ini Antara Yang Terbaik Beb!
By jejak rezeki
Ramai yang mengakui Pulau Pinang adalah antara negeri yang banyak dengan tempat menarik yang menjadi eko-pelancongan bagi negeri itu.
Tempat-tempat menarik seperti Bukit Bendera, Taman Botani dan banyak lagi adalah antara tempat yang menarik yang boleh anda kunjungi jika anda datang ke Penang.
Selain tempat menarik, terdapat juga tempat makan yang popular di sana.
Seperti Cafe Big Tas Tea Bandar Perda ini, anda perlu cuba untuk datang ke sini kerana pelbagai menu yang menarik dan harga yang sangat munasabah.
Pernah juga cafe ini menjadi viral satu ketika dek kerana konsep cafe ini yang simple dan santai.
Cafe ini juga terkenal dengan 'Air Cup Godzilla & Ice Blended' kerana saiznya yang besar dan juga rasa yang sedap!
Selain air minuman, terdapat juga hidangan atau menu lain yang juga dihidangkan di sini antaranya ialah grilled, roasted dan pasta.
Yang menjadikannya menarik ialah saiz menunya yang besar ditambah dengan harga yang berpatutan.
Bagi anda yang ingin ke sini, lokasi cafe ini ialah No 32 Lorong Perda Utama 7, 14000 Bandar Perda, Bukit Mertajam (Kedai hujung, sebaris dengan showroow toyota belakang petronas).
Waktu perniagaan cafe ini ialah bermula dari 3 petang hingga 11 malam.
Jom lihat koleksi minuman yang pasti bikin anda semua teruja untuk mencuba dari cafe ini.
Patutlah Kafe Di Perda Penang Ni Viral Tiba - Tiba !
By jejak rezeki
Bunga kantan biasa kita dengar sering digunakan dalam menu-menu masakan Melayu. Contohnya laksa Penang, asam rebus dan macam-macam lagi.
Namun, jarang sekali kita dengar masakan menggunakan rebung pokok kantan.
Bagi penggemar sambal, mungkin anda boleh cuba resipi mudah sambal rebung kantan. Memang rare sebab bukan menggunakan bunga kantan, ia menggunakan rebung pokok tersebut.
Mesti sedap kan? Jom cuba resipi yang telah dikongsi oleh saudari Nur Aisyah ni.
BAHAN-BAHAN:
Cili kampung secukupnya
1 ulas bawang putih
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
Bilis goreng secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan cili kampung, bawang putih, rebung kantan, garam dan perasa. Tumbuk lumat.
2. Kemudian perahkan jus limau nipis. Gaul rata.
3. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk hingga lumat sekali lagi.
4. Sedia untuk dinikmati.
Memang Terangkat! Sambal Rebung Pokok Kantan.
By jejak rezeki
Raja Ampat di Indonesia menjadi idaman ramai pencinta pulau, penyelam dan penggemar snorkel. Namun akses ke pulau ini agak terhad dan mahal kosnya.
Sebagai alternatif, anda boleh ke Sulawesi kerana terdapatnya pulau mirip Raja Ampat yang juga digelar miniatur Raja Ampat oleh orang Indonesia.
Konawe Utara di Sulawesi Tenggara ini terdiri daripada 5 pulau besar iaitu Labengki Besar, Labengki Kecil, Alnamira, Tukoh Kulay dan Mauang.
Ia menawarkan keindahan pantai, kerjenihan laut, laguna hijau , gua, teluk, dan tak terkecuali keramahan suku Bajo yang mendiami Labengki Kecil. Berikut adalah antara tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi di Labengki, Sulawesi.
1. LAGUNA MAHUMALALANG
Lagun yang dikelilingi barisan batu tajam berwarna hitam dan kelabu ini mempunyai pemandangan air berwarna hijau kebiruan. Pemandangan di sini sangat Instagenik dan ada yang menggelarnya sebagai Blue Lagoon atau Green Lagoon.
Untuk ke puncak ini anda perlu menaiki bot laju. Kemudian anda perlu mendaki untuk melihat lagun tersebut.
Ia tidak terlalu tinggi tetapi anda harus berhati-hati kerana batunya agak tajam.
2. PANTAI PASIR PANJANG
Sesuai dengan namanya pantai di sini sangat panjang dan sesuai untuk bersiar-siar. Pepohonan kelapa juga tersusun rapi di bibir pantai.
Setelah turun dari bot laju, anda boleh berjalan ke arah kiri, menuju bongkahan batu besar yang cantik untuk berfoto. Di bahagian kanan pula terdapat sebuah bukit
kecil yang boleh dinaiki untuk melihat pemandangan.
Air lautnya tenang dan jernih, sesuai untuk berenang-renang atau menggunakan sofa air. Tak jauh dari bibir pantai juga terdapat kawasan yang sesuai untuk snorkeling.
3. JETI LABENGKI KECIL
Kalau anda tidak menginap di resort-resort yang ada di Labengki Besar, pilihan lain untuk anda ialah menginap di homestay atau balai desa di Labengki Kecil. Anak-anak
suku Bajo yang lincah akan menyambut anda sewaktu turun dari bot dan masuk kampung.
Meskipun pantai di sekitar jeti dipenuhi rumah-rumah penduduk, airnya tetap jernih dan anda boleh melihat ikan-ikan berenang di dalamnya.
4. TELUK CINTA & KIMABOE HILLS
Inilah ikon Labengki yang dinamakan miniatur Raja Empat. Mendaki hingga ke puncak Kimaboe Hills hanya mengambil masa kira-kira 5 minit.
Setibanya di puncak, ada dua pemandangan yang anda boleh lihat. Di sebelah kanan dinamakan Teluk Cinta kerana bentuk gradasi air lautnya menyerupai bentuk hati.
Bentuk hati tersebut lebih jelas kelihatan jika dirakamkan menggunakan drone.
5. LAGUNA POROS KAMPALI (DANAU KEMBAR)
Sama seperti Laguna Mahumalalang, untuk melihat lagun ini anda perlu mendaki sekejap. Ia digelar Danau Kembar kerana jika dilihat dari atas (dengan menggunakan drone),
lagun yang dipisahkan barisan batu dengan laut di sebelahnya ini seolah-olah seperti dua danau yang berdampingan atau kembar.
Cara ke Labengki:
Dari Malaysia, anda perlu ke kota Jakarta terlebih dahulu sebagai transit kemudian ke Kota Kendari.Labengki dapat dicapai dari Kota Kendari (ibu kota Provinsi Sulawesi
Tenggara) sama ada melalui jalan darat atau laut.
Ada 4 alternatif laluan yang boleh anda pilih:
1. Dari Kendari: perjalanan laut 4-5 jam
2. Dari Lasolo (Tinobu): perjalanan darat dari Kendari 2.5 jam, sambung perjalanan laut 1.5 jam
3. Dari Sawa: perjalanan darat dari Kendari 1.5 jam, sambung perjalanan laut 1.5 jam
4. Dari jeti PLTU Desa Nii Tanasa, Soropia: perjalanan darat dari Kendari 30 minit, sambung perjalanan laut 2 jam
Anda boleh menginap di:
Agak mahal: Kimaboe Lagoon Cottage & Villa di Labengki Besar.
Ekonomi: homestay atau balai desa di Labengki Kecil.
Waktu terbaik: Oktober-Mei
Selamat bercuti!
5 Tempat Paling 'Wow' Patut Korang Jelajahi Di Labengki Sulawesi
By jejak rezeki
Subscribe to:
Posts (Atom)