Siapa yang pernah makan karipap Ikea? Kalau belum, anda harus cuba rasa karipap Ikea kerana saiznya yang lebih besar dan intinya yang sedap selain dicampur dengan telur rebus. Memang enak!

Sumber foto: http://vampireqi.blogspot.my

Bagi anda yang gemarkan karipap Ikea, pasti teringin makan selalu, bukan? Tapi tak kan nak beli selalu kerana harganya yang agak mahal berbanding karipap biasa. 

Sumber foto: eatwhateatwhere.blogspot.my

Jadi, apa kata anda buat sendiri karipap ala Ikea ini? Bukan sahaja puas dengan kerangupan serta keenakannya, malah anda dapat berjimat dengan membuatnya sendiri.

Jangan lupa simpan dalam buku resipi anda, ya! 

Bahan untuk inti:
- 3 biji telur rebus, (belah 4)
- 2 biji kentang besar (potong dadu)
- 1/2 cawan daging ayam (potong dadu)
- 1 biji bawang besar (kisar)
- 3 biji bawang putih (kisar)
- sedikit halia (kisar)
- 4 sudu besar rempah kari
- separuh kiub ayam / sedikit serbuk perasa

Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar sehingga sedikit garing dan naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan sedikit air, masak sehingga naik minyak. 
3. Masukkan ayam dan kentang, masak sehingga kering air, tetapi jangan terlalu lembik. 
4. Masukkan garam, sedikit gula dan perasa. Biarkan sejuk.

Bahan untuk kulit karipap:
- 4 cawan tepung 
- 1 cawan air sejuk
- 2 sudu besar marjerin
- 1/2 cawan minyak masak
- 1/2 sudu kecil garam

Caranya:
1. Satukan tepung dan garam, sebatikan.
2. Cairkan marjerin bersama minyak, kemudian gaulkan kedalam tepung dan gaul dengan senduk kayu hingga sebati dan suam.
2. Perlahan-lahan masukkan air sejuk dan uli sehingga membentuk doh yang tak melekat pada tangan.
3. Rehatkan dalam 5-10 minit, kemudian bulatkan kecil-kecil, canaikan dan terapkan dengan garpu atau letak dalam acuan karipap. 
4. Masukkan inti, tekap, dan siap!

Sumber foto: Blog Ummu Aidan-Arissa

Nota: Kalau rajin dan mahukan rupa yang lebih cantik, anda boleh kelim tepi karipap secara tradisisonal.

Jangan tunggu lama-lama? Cubalah segera! 

Minum Petang Dengan Karipap Ala Ikea 'Homemade', Cubalah!