Foto: FB Salahuddin Bakery
Siapa tak geram bila melihat roti yang gebu, panas-panas keluar dari ketuhar dan paling penting rasanya yang enak dan lazat.

Apa yang pasti inilah tarikan paling kuat di sebuah kedai roti lama, Salahuddin Bakery yang masih bertapak dan beroperasi di tengah arus pembangunan bandaraya di Jalan Dhoby, Johor Bahru ini.

Foto: jophorkaki.blogspot.com
Produk rotinya cukup popular dengan panggilan Roti Bai atau Roti Benggali dan kedai roti ini sudah diusahakan sejak beberapa dekad lalu dan diwariskan dari generasi ke generasi.

Tidak seperti penghasilan roti zaman moden, mereka menggunakan teknik lama iaitu proses pembakaran roti menggunakan ketuhar dan arang sebagai bahan api.

Foto: jophorkaki.blogspot.com
Namun disebabkan permintaan yang tinggi sekarang, mereka menggunakan mesin doh untuk menguli.

Kedai ini sangat unik sebab roti yang dihasilkan tidak dapat di mana-mana tempat yang lain kerana tidak pernah hantar, jual dan edar pada orang atau syarikat luar.

Foto: jophorkaki.blogspot.com
Bekas-bekas rotinya yang digunakan sangatlah klasik dan terdapat banyak pilihan roti antaranya roti bantal, roti putih, roti perancis, roti kacang, roti kelapa, kek buah dan banyak lagi.

Foto: jophorkaki.blogspot.com
Alamat: 26 Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru 
Waktu : 8:00 am to 2:00pm (Jumaat tutup)
Tel:  +60 7-227 3736

Foto: jophorkaki.blogspot.com

Tunggu apa lagi, bagi anda yang jom berkunjung ke Johor Bahru jangan lupa untuk singgah di kedai roti kalsik ini, okay! 

Roti Panas Gebu, Jadi Tarikan Hebat Kedai Roti Klasik Salahuddin Bakery, JB