Sumber Foto: Pizza Recipe
Sebut sahaja pizza dah cukup buat air liur setiap orang kecur dengan kelazatan keju pelbagai 'topping' yang sangat enak dan memikat hati.

Selalunya yang kita makan adalah dari menu yang sudah ditetapkan oleh restoran itu sendiri, tapi kali ini ayuh cuba sesuatu yang baru! Di Klang, telah dibuka sebuah restoran yang dinamakan Pizza Recipe dan pelanggan boleh buat sendiri pizza mengikut cita rasa sendiri.

Sumber Foto: FB Rizal Hakim
Bufet pizza ini menyediakan pelbagai jenis bahan di mana pelanggan boleh memilih apa yang disukai tanpa ada sesiapa pun yang menghalangnya. Bagi mereka yang gilakan pizza dan hidangan bufet memang sesuai sangat tempat ini dengan citarasa anda.

Seronok sungguh, tak payah susah-susah lagi macam sebelum ini terpaksa buang sesetengah bahan yang kita tak suka.

Sumber Foto: Pizza Recipe
Bahan-bahan seperti gambar di atas akan dihidangkan dan benda paling menyeronokkan adalah melihat sendiri keju yang meleleh di depan mata sendiri ketika pizza sedang dibakar.

Selain pizza, ada juga pelbagai pilihan spaghetti, sup cendawan, kepak ayam dan ais krim untuk pencuci mulut.

Sumber Foto: Pizza Recipe
Harga yang sangat berpatutan, dewasa RM38.80, kanak-kanak RM20.80, warga emas RM 30.80.

Waktu Operasi: Isnin-Khamis, 5pm-10pm; Jumaat-Ahad, 5pm-12am
Alamat: No 7 & 9, Lorong Tiara 1A, Bandar Baru Klang, 41150 Klang.

Tunggu apa lagi, jom serbu bawa ahli keluarga semua. 

Makan Dan Buat Pizza Sendiri Ikut Suka Hati, Hanya Di Pizza Recipe Klang