Anda pernah makan aiskrim Baskin-Robbins tak? Sedap, kan? Sayangnya, tak boleh beli selalu kerana harganya yang agak mahal.

Sumber foto: FB Baskin-Robbins

Kalau anda mahukan aiskrim ala Baskin-Robbins, anda harus cuba resipi ini! Resipi aiskrim Baskin-Robbins ini agak berbeza daripada aiskrim Malaysia di mana semua orang mampu membuatnya. Campur sahaja air dan beberapa perisa, kemudian dimasukkan ke dalam plastik. Selepas itu, masukkan sahaja ke dalam peti ais, jadilah aiskrim! Mudah saja, bukan?

Kali ini apa kata anda cuba resipi aiskrim Baskin-Robbins pula? Walaupun tak sebiji serupa rasanya dengan Baskin-Robbins, namun bolehlah nak berangan macam makan aiskrim Baskin-Robbins, kan.

Bahan:

1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat (tambah susu jika mahu lebih manis)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar Ovalette

Bahan Perasa:
Ikut citarasa. Anda boleh guna durian, strawberry emulco, milo, atau apa sahaja perisa.

Cara:

1. Campurkan kesemua bahan kecuali bahan perasa ke dalam bekas dan pukul selama 15 hingga 20 minit atau sehingga tekstur berubah menjadi pekat dan likat.

2. Asing adunan jika mahu buat pelbagai perasa.

3. Kacau adunan dengan bahan perasa sehingga sebati. Jika mengguna bahan perasa pepejal seperti buah-buahan, disarankan pukul menggunakan mixer.

4. Taburkan hiasan ke atas adunan tadi jika mahu.

5. Masukkan ke dalam peti sejuk beku dan tunggu sehingga keras seperti aiskrim!

Sumber foto: Blog Cik Epal

Selamat mencuba.

Kredit resipi: Blog Cik Epal

Cubalah Buat Sendiri Aiskrim Ala Baskin-Robbins, Mudah Sahaja!