Zaman serba maju dan berteknologi kini pasti semua orang terutama dari kalangan kaki travel pernah mendengar terma 'jet lag'. Bagi yang tidak tahu, jet lag adalah gangguan sementara kepada biologi normal tubuh disebabkan oleh perjalanan jarak jauh yang melepasi beberapa zon masa.

Antara kesan daripada simptom jet lag adalah ia akan menyebabkan rasa keletihan, imsonia (keadaan tidak dapat tidur atau sukar untuk tidur), dan sedikit kekeliruan pada sistem tubuh.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang akan mengalami simptom jet lag. Ini kerana setiap individu mempunyai sistem biologi tubuh yang berlainan.

Menurut portal Purewow, anda sebenarnya boleh mengurangkan efek jet lag dengan beberapa tip ini:

1. Sesuaikan 'jam peribadi' (internal clock)

Sesuaikan waktu dalaman dengan destinasi anda beberapa hari sebelum berangkat. Misalnya waktu tidur dan bangun tidur yang dipercepatkan. Jika jangkaan waktu tiba ke destinasi adalah waktu pagi, cubalah untuk tidur di atas pesawat. Dengan itu, anda akan kurang rasa mengantuk ketika tiba di sana dan dapat menyesuaikan diri dengan perlahan-lahan di tempat yang anda kunjungi itu.

2. Jangan lupa makan!

Elakkan dari mengambil kafein berlebihan kerana ia akan menyebabkan dehidrasi. Banyakkan mengambil air kosong dan alas perut dengan makanan ringan untuk memberi tenaga.

3. Sesuaikan waktu

Sebaik naik pesawat, sesuaikan waktu pada jam tangan atau mana-mana gajet yang dibawa supaya padan dengan zon masa destinasi anda. Ini akan memudahkan anda untuk menyesuaikan diri dengan perubahan masa dialami.

4. Elak dari tidur seketika

Apabila tiba di destinasi, pasti anda akan rasa seperti mahu tidur sebentar. Jangan buat begitu! Sebaliknya cuba untuk terus berjaga sehinggalah tiba waktu sesuai untuk tidur seperti jam 10 malam ke atas.

5. Pilih penerbangan malam

Sumber foto: Carian Internet

Dengan mengambil penerbangan malam anda boleh tidur di sepanjang perjalanan anda tidak akan mudah berasa bosan, malah waktu penerbangan akan terasa sekejap sahaja.

Sekarang anda tak perlu risau mengalami jet lag lagi jika melancong ke negara orang. Tip di atas sangat membantu anda dalam mencegah dan mengatasi simptom jet lag.

Mahu Elak 'Jet Lag'? Ini 5 Penawar Kaki Travel Patut Tahu