Panas-panas begini memang sedap kalau 'pekena' cendol dan lagi seronok bila terdapat banyak variasi cendol yang boleh buat kita rambang mata nak pilih yang mana satu.

The Cendol Champion yang terletak di Wakaf Tengah Kuala Terengganu memang tempat yang wajib dikunjungi bagi penggemar cendol di luar sana.

Antara menu yang terdapat di sini ialah cendol buah longan, rambutan, pisang dan buah-buahan campur yang lain.

Sumber Foto: IG Thecendolchampion
Rasa cendolnya yang tidak terlalu manis menjadi pilihan ramai orang yang datang dari segenap pelusuk semata-mata untuk mencuba sendiri kenikmatannya.

Ada juga cendol yang ditawarkan mengikut musim buah-buahan seperti cendol durian, mangga, dan durian belanda.

Harganya sangat berpatutan iaitu bermula dengan RM2.50-RM10

Sumber Foto: IG Thecendolchampion
Bukan sahaja cendol malah ada pilihan crepes dan hidangan sampingan lain seperti laksa sarawak, popia, mi kolok dan pisang goreng.

Sumber Foto: IG Thecendolchampion
The Cendol Champion
7091-A, Kampung Wakaf Tengah,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Waktu operasi/perniagaan
Rabu hingga Isnin jam 12 tengahari - 7 malam
Jumaat dari jam 3 petang- 10 malam

Masukkan tempat makan ini dalam senarai wajib pergi anda jika ke Terengganu, okay?

Nak Basahkan Tekak? Jom Cuci Mulut Di The Cendol Champion Terengganu